NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terima hakikat Anwar ada majoriti kukuh, henti kelirukan rakyat – Amanah




KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) perlu menerima hakikat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai majoriti kukuh untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil mengingatkan pemimpin PN terutama pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak lagi membangkitkan mengenai keabsahan pelantikan Anwar.


Dalam masa sama, beliau menggesa PN dan Muhyiddin berhenti daripada mengelirukan rakyat dengan fakta dan undang-undang yang tidak menyakinkan.

Tegas beliau, rakyat seharusnya dididik untuk fokus kepada usaha membangunkan negara dan pemulihan ekonomi.

“Agenda ini yang sedang diusahakan PM (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim bersama pasukan kerajaan Perpaduan seharusnya mendapat sokongan dan pengiktirafan semua pihak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Tambah Muhammad Faiz, tindakan Muhyiddin yang kembali membangkitkan mengenai lantikan Perdana Menteri yang kemudian disifatkan banyak pihak seolah-olah menghina kewibawaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) terdahulu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah amat mendukacitakan.


Ini kerana, kata beliau, Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas meneliti sokongan Ahli-ahli Parlimen dan pandangan pakar-pakar Perlembagaan dan Majlis Raja-Raja.

Ujarnya, Anwar juga telah membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen menerusi usul percaya pada 19 Disember 2022 yang turut disokong seramai 153 Ahli Parlimen.

Jelas beliau, tindakan itu adalah selari dengan maksud Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 40 (2) dan 43 (2).

“Namun, ketika berlaku Langkah Sheraton dan sepanjang pentadbiran Muhyiddin, tidak pula berlaku usul undi percaya di Parlimen, kenapa Muhyiddin tidak berani ketika itu?” soalnya.


Tambahnya, proses keabsahan sokongan majoriti seseorang Perdana Menteri adalah sangat penting dalam amalan demokrasi tulen bagi mewujudkan kestabilan politik dalam keadaan tidak ada mana-mana parti memperolehi majoriti cukup (112 kerusi Parlimen).

Malah, ujar beliau, kestabilan politik di bawah pimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri juga telah mendorong Malaysia mencatatkan kejayaan dalam pelbagai aspek. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo