NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Teresa Kok kritik Akmal dan Puad, dakwa sekat kebebasan bersuara sekira haramkan Komik Superman Hew




Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok mengkritik kenyataan ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh kerana gesaan mengharamkan buku bertajuk “Inisiatif Belt and Road for Win-Winism”.  

  

Katanya lagi, kenyataan sedemikian menunjukkan sifat tidak menghiraukan keputusan mahkamah dan menyekat bebasan bersuara.  

  

Sehubungan itu, Teresa menggesa pemimpin politik menghormati keputusan mahkamah berhubung buku komik tiga bahasa yang dikarang oleh bekas ahli DAP Hew Kuan Yau dan elak daripada mempolitikkan isu itu.  

  

Pada Julai 2022, Mahkamah Rayuan memutuskan buku berkenaan tidak boleh diklasifikasikan sebagai buku larangan.  

  

Tambah Teresa, walaupun menteri dalam negeri mungkin tidak bersetuju dengan kandungan buku itu, namun ia tidak menjamin pengharaman penerbitan itu.  

  

Sumber : New Straits Times






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo