NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tekad keluar Umno masuk PAS, Nik Abduh label Jailani ‘Hang Jebat’

Nik Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa penyertaan Muhammad Jailani Khamis dalam PAS sebagai satu sejarah politik negara kerana membabitkan wakil rakyat Umno.



GUA MUSANG
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz melabel Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis sebagai ‘Hang Jebat’ kerana tekadnya menyertai parti itu daripada Umno.

Nik Abduh, bekas Ahli Parlimen Bachok dan Pasir Mas mendakwa tindakan bekas exco Melaka yang pernah bersama PKR itu sebagai ‘satu sejarah dalam politik negara’.

“Sepanjang lebih 50 tahun umur saya, saya rasa tak ada wakil rakyat Umno masuk PAS…memang betul-betul ‘Hang Jebat’ Jailani ini.

Ia juga satu sejarah dalam politik negara kita,

 katanya pada satu ceramah kempen PRK Nenggiri di Serian malam tadi.

Bulan lalu, PAS mengumumkan Jailani diterima sebagai ahli parti itu pada Jun 2023 yang menimbulkan persoalan kerana setakat 9 Sept tahun lalu media melaporkan Jailani sebagai ahli Umno, apabila lembaga disiplin parti mengesyorkan beliau digantung keahlian.

Timbalan Exco Melaka Khaidhirah Abu Zahar pula mendedahkan Jailani turut dianggap dalam blok kerajaan pada sidang DUN Melaka, Julai lalu.

Sabtu lalu, Presiden Umno Zahid Hamidi mengesahkan parti itu menyerahkan surat tuntutan kepada Jailani bagi menuntut ganti rugi serta pampasan RM100 juta kerana menyertai PAS.

Sementara itu, Nik Abduh mendakwa tindakan kerajaan mengapungkan harga diesel mulai 10 Jun lalu dengan alasan untuk mengatasi kes penyeludupan diesel di sempadan Malaysia-Thailand adalah langkah kurang bijak.

Menurutnya, Putrajaya sepatutnya memperketat kawalan sempadan dan mencari dalang (penyeludupan) bukannya membuat satu polisi yang menekan rakyat secara keseluruhannya.

Dakwanya, tindakan itu mengakibatkan kos pengangkutan termasuk untuk memunggah hasil komoditi seperti kelapa sawit menjadi mahal.

Kerajaan nak marah orang seludup diesel di sempadan Thailand, akhirnya dia jual (diesel) mahal,

 katanya.

Susulan pengapungan harga diesel runcit di Semenanjung Malaysia pada kadar RM3.35 seliter, kerajaan masih meneruskan pemberian subsidi kepada sektor pengangkutan awam dan pengangkut barang.

Bagi pekebun kecil termasuk komoditi, kerajaan menyediakan bantuan wang tunai RM200 sebulan menerusi Budi Madani kepada kelompok terbabit bagi meringankan beban mereka.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo