Presiden Umno Zahid Hamidi berucap pada Mesyuarat Umno Kota Raja di Hotel Premiere Klang hari ini. |
Zahid berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan secara berhemah dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) yang menjadi pentadbir utama di Selangor.
“Namun kita berazam dengan bersefahaman yang disebut, kita harap Kota Raja ini, rakan-rakan (PH) akan melihat kebersamaan.
Takkanlah daripada empat kerusi yang ada, satu pun tak boleh diberikan kepada kita,
katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Umno Kota Raja di Hotel Premiere Klang.
Terdahulu, Zafrul menerusi ucapannya menuntut salah satu kerusi, sama ada Parlimen Kota Raja atau mana-mana DUN bawahnya, iaitu Sentosa, Sungai Kandis atau Kota Kemuning diberikan kepada Umno.
Kami Umno Kota Raja, ada satu hajat, atas semangat perpaduan depan kawan-kawan kita, depan PH, Umno semua ada di sini, saya nak sebut, daripada empat kerusi tu berilah peluang untuk Umno Kota Raja bertanding satu kerusi,
katanya.
Zafrul turut memberi jaminan, pihaknya akan melakukan yang terbaik jika kerusi diberikan kepada mereka, selain turut akan membantu kemenangan di kerusi-kerusi lain bawah Parlimen berkenaan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment