Dua beradik terbunuh selepas sebuah treler merempuh rumah mereka di Kampung Ketapang Hilir berhampiran Pekan, Pahang, semalam. (Gambar JBPM) |
Loke berkata pihak penguatkuasaan memberi peringatan secara berterusan kepada pemilik syarikat pengangkutan, supaya bertanggungjawab memastikan pemandu mereka bebas daripada pengaruh dadah dan lain-lain kegiatan yang boleh mengundang bahaya.
“Saya akan mengarahkan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk mengambil tindakan pendakwaan terhadap pemilik syarikat, kerana pemilik lesen syarikat itu juga perlu bertanggungjawab kalau mereka lalai serta membiarkan kemalangan berlaku.
Takziah kepada keluarga tersebut kerana kemalangan itu berlaku ketika mereka berada dalam rumah sendiri, tetapi malangnya dilanggar oleh treler sehingga mendatangkan dua kematian,
katanya kepada pemberita selepas majlis pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2023 Negeri Sembilan, di Hotel Royale Chulan.
Beliau berkata pemilik syarikat itu juga berdepan pendakwaan, pengantungan dan penarikan lesen, jika didapati bersalah.
Loke berkata pihaknya mengarahkan anggota penguat kuasa menjalankan operasi bersepadu secara berterusan serta rondaan sepanjang waktu, terutamanya melibatkan kenderaan muatan berat.
Kita sudah banyak kali mengambil tindakan menggantung dan menarik lesen, tetapi malangnya perkara ini masih lagi berlaku seolah-olah mereka mahu mencabar kedaulatan undang-undang negara,
katanya.
Terdahulu, media melaporkan pemandu treler yang terbabit dalam kejadian itu direman empat hari oleh polis.
Ketua Polis Pekan Mohd Zaidi Mat Zain berkata ujian saringan awal yang dijalankan di Hospital Pekan mendapati, pemandu treler itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
Perintah reman ke atas pemandu berusia 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Melody Woon Sze Mun bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment