SUKAN ATAU PERTUNJUKAN SEPARUH BOGEL?
1. Nampaknya usaha murni kerajaan Terengganu untuk memelihara maruah wanita dalam bersukan dipandang sebaliknya oleh golongan penunggang agama. Penunggang agama ini hanya ’mengiktiraf’ hukum Allah dalam solat, nikah kahwin dan soal urus jenazah. Tetapi dalam hal ehwal kehidupan yang lain, seperti bersukan, separuh bogel pun tak mengapa demi sebutir pingat.
2. Kerajaan Terengganu dikutuk kerana melarang penglibatan wanita Islam dalam sukan yang boleh diistilah sebagai ‘pertunjukan separuh bogel’ seperti gimnastik dan renang. Larangan itu terkandung dalam garis panduan sukan negeri Terengganu. Manakala satu pihak lagi memperli kerajaan negeri Terengganu kerana ada wakil Terengganu dalam acara terjun papan anjal wanita di SUKMA baru-baru ini.
3. Apa yang sebenarnya berlaku ialah ada ‘permainan’ pegawai di Majlis Sukan Negeri yang tergamak mendaftarkan wanita Islam untuk menyertai acara sukan yang menjolok mata itu. Inilah masalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri. Sabotaj sering berlaku kerana adanya segelintir pegawai yang tidak sealiran politik dengan kerajaan negeri. Mereka ada di banyak sektor sama ada di pejabat agama, pejabat kewangan, pejabat daerah dan sebagainya.
4. Inilah juga masalah umat Islam hari ini. Pemikiran mereka telah jauh tergelincir dari landasan Islam. Apa yang orang kafir buat, mereka pun nak buat walaupun bercanggah dengan al-Quran. Apa yang orang kafir pandang elok dan normal, mereka pun pandang begitu walaupun berlawanan dengan syariat. Apabila alim ulama mengeluarkan hukum dan nasihat, alim ulama pula dituduh menunggang agama oleh mereka yang sebenar-benarnya penunggang agama original.
5. Penulis kurang arif sama ada acara renang dan gimnastik boleh dikategorikan sebagai sukan atau persembahan separuh lucah. Kalau ikut ‘keintelektualan’ Barat yang menghalalkan jantan kahwin jantan, otak ‘cow dung’ mereka kata itu sejenis sukan. Demi sebuah persembahan terbaik, mesti berpakaian separuh telanjang. Dan otak ‘cow dung’ itulah menjadi mazhab dalam sukan bagi golongan Islam liberal hari ini.
6. Nah, sekarang kita boleh melihat berapa ramai mufti, ulama-ulama dalam UMNO dan AMANAH yang boleh memberi pencerahan dalam isu ini. Di mana pemuka-pemuka mereka yang berdegar-degar mengutuk Ustaz Azhar Idrus (UAI)? Di mana para ilmuan Islam mereka yang bertittle ’Dr’ dengan Phd yang tak mampu dimiliki oleh ulama pondok seperti UAI? Adakah semuanya telah menjadi syaitan bisu?
7. Wahai penunggang-penunggang agama; penulis tak kata kamu kafir tetapi pemikiran kalian selari dengan cara orang-orang kafir berfikir.
#NekadBersamaIslam
#BerpolitikBiarMenguntungkanIslam
#IslamItuTinggi
#TeguhPertahan
BayangDiAir,
27/8/2024
No comments
Post a Comment