SPR akan bermesyuarat pada 13 Ogos bagi membincangkan pelaksanaan PRK Mahkota susulan pemakluman kekosongan luar jangka kerusi DUN itu oleh speaker DUN Johor. |
Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat itu akan diadakan susulan penerimaan pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Johor Puad Zarkashi berhubung kekosongan luar jangka kerusi itu.
“Berdasarkan Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, Bahagian Kedua, Fasal (5) Perkara 23, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari SPR menerima pemakluman berlakunya kekosongan tersebut.
Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut,
katanya dalam kenyataan.
Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian Adun Sharifah Azizah Syed Zain, 63, akibat pendarahan dalaman di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom pada Jumaat lepas.
Beliau memenangi kerusi itu pada PRN 2022 dengan 16,611 undi dalam pertandingan empat penjuru menewaskan calon Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan Warisan.
Sharifah Azizah yang juga ketua Wanita Umno Kluang sejak 1993 memenangi kerusi itu pada PRN Johor 2022. Sebelum itu, beliau menjadi Adun Penawar sejak 2018.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment