NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Setuju tangguh pemilihan UMNO, Ismail tidak mahu diingati sebagai jahat



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menyesal untuk bersetuju menangguhkan pemilihan parti UMNO pada Mei 2022 ketika masih menjadi perdana menteri.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parti dan tidak mahu dikenang sebagai ‘orang jahat’.

“Menyesal itu tidak kerana bagi saya, saya menjalankan tugas kepada parti dengan baik. Orang beritahu saya ‘you ni patut masih pardana menteri, tapi you ni baik sangat’ kenapa tak tangkap sahaja musuh-musuh you macam orang lain buat’.

“Saya kata macam ini, lebih baik orang ingat saya sebagai orang baik daripada ingat saya sebagai orang jahat,” kata Ismail Sabri dalam podcast yang dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Sufian Hamdan.

Sebelum itu Khairy Jamaluddin berkata, ada pihak sehingga kini melabelkan Ismail Sabri dan beberapa pemimpin yang dipecat dan digantung sebagai pengkhianat.

Menurut bekas Ketua Pemuda UMNO itu, sebagai perdana menteri pada waktu itu, Ismail Sabri boleh menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk menolak usul yang dibawa oleh parti untuk menangguhkan pemilihan parti.

Khairy Jamaluddin berkata, terdapat beberapa ahli Parlimen UMNO pada waktu itu yang mahu usul tersebut ditolak dan pemilihan parti dilakukan segera.

“Memang ada usaha daripada beberapa ahli Parlimen saya tak mahu sebut siapa, Datuk Seri pun ingat supaya kita tolak usul. Nak kata ROS ini tak boleh dipengaruhi tak tepat sangat. Boleh sahaja untuk tolak permintaan daripada UMNO tangguh pemilihan.

“Benda ini menjadi topik hangat dan kita jumpa banyak kali. Ada kata paksa UMNO adakan pemilihan parti dan sokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai presiden UMNO sebelum pilihan raya umum sebab nak satukan jawatan dengan perdana menteri.

“Memang ada desakan pemimpin lama ini untuk dapatkan komitmen daripada Datuk Seri. Beliau perdana menteri, kalau buat keputusan penangguhan boleh ditolak, ada peluang untuk menang,” kata Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy Jamaluddin ada beberapa pemimpin terbabit masih marah dengan Ismail Sabri kerana tidak berbuat demikian dan akhirnya menyaksikan berlakunya pemecatan dan pengantungan pemimpin dalam UMNO.

Pada 15 Mei 2022 Perhimpunan Agung Khas UMNO sebulat suara meluluskan usul meminda Perlembagaan UMNO yang antara lain membolehkan pemilihan parti diadakan tidak lebih daripada enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Perhimpunan itu turut dihadiri Ismail Sabri menyaksikan jawatan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.-MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo