NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sarawak juga kaji kuantum laras gaji penjawat awam


KUCHING
Kerajaan Sarawak akan mengkaji kuantum pelarasan yang digunakan kerajaan persekutuan dalam melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebelum melaksanakan langkah sama untuk penjawat awam negeri itu.

Premier Abang Johari Openg berkata, kerajaan negeri mengambil ketetapan untuk turut melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam dan akan dibuat berdasarkan kemampuan.

“Kita sedang mengkaji gaji perkhidmatan awam kita dan kita akan kira berdasarkan pengumuman PM (Anwar Ibrahim).

Setidak-tidaknya setaraf, kalau tidak pun, mungkin baik sedikitlah,

 katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertandingan taekwondo Sukan Malaysia (Sukma) 2024 hari ini.

Beliau berkata, memandangkan skim perkhidmatan awam negeri menggunakan Jawatan Berdasarkan Caruman (JBC) dan tidak berpencen, kerajaan negeri turut mengambil kira faedah lain serta peluang kenaikan pangkat untuk kakitangan.

Beliau juga menggesa pihak swasta Sarawak menawarkan gaji dan faedah lebih baik kepada pekerja, serta membuka peluang kepada penjawat awam yang berhasrat untuk menukar kerjaya dengan menyertai sektor swasta bagi meningkatkan pendapatan.

Anwar dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (Mappa XIX) 2024 di Putrajaya hari ini mengumumkan pelarasan gaji 15% kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Beliau yang juga menteri kewangan turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 7% bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo