Saifuddin Nasution Ismail berkata sebagai tanda solidariti, PH akan membantu BN mempertahankan kerusi DUN Mahkota. |
“Saya hadir (ke Nenggiri) memberi sokongan (kepada BN), tanda solidariti kami akan terus membantu untuk mempertahankan kerusi DUN Mahkota.
Tapi sebelum ke Mahkota kita selesaikan dulu urusan di Nenggiri,
katanya pada majlis bersama penduduk Meranto yang turut dihadiri Pengerusi BN Zahid Hamidi.
Rabu lalu, Zahid mengesahkan BN akan bertanding PRK DUN Mahkota pada 28 Sept depan.
Presiden Umno itu turut memberi amaran kepada pemimpin komponen kerajaan perpaduan tidak menuntut kerusi diperuntukkan kepada sesuatu parti.
Menyusuli kenyataan Zahid, Amanah Kluang semalam mendedahkan masih belum ada keputusan muktamad berhubung parti akan bertanding mewakili kerajaan perpaduan pada PRK 28 Sept depan.
Ketuanya Mohd Zuhan Mohd Zain berkata pihaknya tidak menuntut kerusi BN seperti didakwa Zahid kerana kerajaan Johor pada masa ini tidak dibina sebagai kerajaan perpaduan.
Sebelum ini, Zuhan mendesak kepimpinan PH dan BN memberikan laluan kepada calonnya bertanding PRK Mahkota yang pernah dimenanginya pada PRU14.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain daripada BN pada 2 Ogos lalu.
Pada PRN Johor 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Amanah yang mewakili PH, Perikatan Nasional (PN) dan Warisan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment