NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rasmi: BN rampas Nenggiri dengan majoriti 3,352





PETALING JAYA
Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi DUN Nenggiri di Kelantan daripada Perikatan Nasional (PN), dengan majoriti 3,352 undi.

Calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh 9,091 undi berbanding 5,739 undi diperoleh calon PN Rizwadi Ismail.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Nenggiri Nik Raisnan Daud di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, sebentar tadi.

BN mencatatkan majoriti di 17 daripada 20 pusat mengundi, iaitu Tohoi, Pos Simpor; Sungai Puian; Sungai Jenera, Sungai Wias, Sungai Asap; Meranto; Bertam Baru; Jeram Tekoh; Renok; Kuala Sungai; Bertam Lama; Kampung Star; Perasu; Serian; Limau Kasturi; dan Jerek.

Sementara itu, tiga lagi pusat mengundi, iaitu Kesedar Limau Kasturi, Ladang SEDC dan Pasir Tumboh, memihak kepada PN.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 20,259 pengundi berdaftar di DUN Nenggiri, termasuk 43 pengundi pos, yang terdiri daripada 17,636 orang pengundi Melayu; 2,843 pengundi kaum lain-lain, termasuk Orang Asli; 36 orang pengundi Cina; dan lapan orang pengundi India.

PRK Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum oleh Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelah bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

BN memenangi kerusi Nenggiri dalam empat pilihan raya berturut-turut sejak kawasan DUN itu diwujudkan pada 2004, tetapi tewas kepada PN tahun lepas apabila Azizi menewaskan calon Umno Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo