NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rasa hormat kepada Presiden UMNO mengatasi segalanya - Ismail Sabri



SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun ada yang cuba menggambarkan wujud ketegangan antara mereka.

Malah Ahli Parlimen Bera itu turut mengakui, rasa hormatnya kepada Ahmad Zahid mengatasi segalanya walaupun beliau menjadi Perdana Menteri kesembilan atas kapasiti sebagai Naib Presiden UMNO ketika itu.

Kerana itu katanya, setiap tindakan dilakukan secara berhati-hati demi menjaga hati pelbagai pihak.

“Suka atau tidak, dia adalah presiden parti, saya orang nombor tiga. Mesti saya hormat dia.

"Punya saya nak jaga hati mereka ini, waktu saya jadi Menteri Pertahanan, jadi TPM, PM maksimum (pengiring) berpuluh-puluh orang jadi pengiring saya.

“Kerana nak jaga hati mereka, saya tidak pernah minta dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk turunkan ke tingkat empat. Sebab kalau saya berada di sana, presiden dengar bunyi siren dia tersentuh atau terasa hati.

“Jadi saya masuk tingkat tiga ke parkir dan terus naik atas. Jadi polis tak boleh buka siren. Saya sengaja buat macam tu sebab nak jaga hati presiden saya,” katanya dalam Podcast Keluar Sekejap (KS) yang dikendalikan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

smail Sabri turut mengakui sebagai perdana menteri ketika itu beliau lebih kerap berjumpa dengan Ahmad Zahid di luar Perdana Putra, pejabat rasminya di Putrajaya.

“Masa saya dah jadi Perdana Menteri, saya boleh saja kata, ‘Tok jumpa saya dekat ofis’ tetapi saya tak buat begitu. Saya yang pergi ke Yayasan Akal Budi di Country Heights, Kajang.

“Masuk saja kawasan itu, tutup semua lampu dan siren polis. Polis (pengiring) ramai-ramai duduk jauh sedikit dan hanya satu kereta saya saja masuk dalam, sebab nak jaga hati presiden,” katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai 'pasukan Putrajaya' dan 'pasukan PWTC', beliau berkata, tidak pernah mengambil tahu walaupun pernah mendengar mengenainya.

"Dah, saya dengar tapi saya tak ambil pusing. Saya buat tak tahu saja. Saya buat apa yang sebelum ini kita buat, itu sahaja.

"Dari segi hubungan saya dengan Datuk Zahid, saya kenal dia sejak sekolah, isterinya pun saya kenal. Saya panggil Kak Midah sampai sekarang. Jadi respect tu ada, tak hilang," katanya yang dilantik sebagai perdana menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Mengulas pelantikannya sebagai perdana menteri kesembilan, Ismail Sabri mengakui ia berlaku tanpa dirancang dan beliau juga ‘tiada perancangan mengetuai Putrajaya’.

Bagaimanapun, beliau bernasib baik apabila laluan dinaikkan pangkat dipermudahkan selepas dilantik timbalan perdana menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diangkat perdana menteri selepas Langkah Sheraton.

“Betul, ia berlaku tak dirancang, tak diduga. Bila kita tarik sokongan terhadap Muhyiddin, siapa seterusnya jadi PM? Saya bernasib baik sebab masa itu saya jadi TPM. 42 hari saya jadi TPM, tiba-tiba ada kekosongan jawatan perdana menteri.

“Dari segi hierarki betullah saya dilantik sebab saya dah jadi TPM masa tu. Bagi saya dia lantik saya kerana dia tak ada pilihan sebab saya TPM. Macam Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu. Bila Tun M (Dr Mahathir Mohamad) berhenti serah pada Pak Lah sebab waktu tu dia jadi TPM," katanya.



Sumber | Sinar Harian











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo