Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin turut berada di lokasi SAR tanah jerlus Jalan Masjid India, hari ini. |
KUALA LUMPUR – Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin membuat ritual dengan membawa ‘air berlaga’ ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Jalan Masjid India hari ini.
Lelaki berkenaan tiba di lokasi pengumpulan media bersama alatan khasnya berkata, dia terpanggil untuk membantu misi pencarian mangsa tanah jerlus yang sudah memasuki hari keenam.
“Tujuan kita datang nak membantu bukan nak kacau orang kerana saya tengok dah lima hari dalam You Tube dan Tik Tok orang cari tak jumpa.
“Tapi kalau saya bawa kelapa, bawa teropong nanti heboh terus. Saya bawa air belaga untuk dicurahkan kat bawah tu supaya dijauhkan daripada haiwan berbisa berbahaya dan dipermudahkan operasi.
“Kemudian ada kain dan kapas kita nak tenggok supaya tenggelam atau tidak, mudah- mudahan timbul. Saya datang ni bukan saja datang, orang tertentu arahkan saya datang,” katanya kepada media hari ini.
Namun jelasnya hajatnya tidak kesampaian kerana tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa atas faktor keselamatan.
Susulan itu dia hanya meninjau keadaan berhampiran di lokasi insiden dan melakukan demonstrasi renjisan air berlaga itu di hadapan pengamal media pada jam 6.15 petang tadi.- MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment