NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Nenggiri: Faktor anak rantau boleh jadi penentu kemenangan Pas

WhatsApp-Image-2024-08-12-at-3
CALON Pas, Mohd. Rizwadi Ismail pada hari penamaan calon PRK DUN Nenggiri, Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini. - Pic: FB Rizwadi Ismail


KUALA LUMPUR – Pas dilihat mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nengeri (DUN) Nenggiri sekiranya berjaya menarik anak rantau pulang mengundi pada 17 Ogos ini.

Pemerhati politik, Muhammad Ehsan Shaari berkata, faktor pengundi luar itu memainkan peranan penting memandangkan Nenggiri yang terletak di kawasan Gua Musang diketahui merupakan kubu kuat UMNO sejak sekian lama.

Apatah lagi, menurut Muhammad Ehsan yang juga Pegawai Penyelidik, Yayasan Kedah Sejahtera, Perikatan Nasional (PN) menerusi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu memenangi kerusi Nenggiri dengan majoriti agak rendah iaitu 810 undi.

Beliau turut mengambil contoh kekalahan calon Pas di DUN Kota Lama kepada calon Parti Amanah Rakyat (Amanah) pada PRN lalu dengan majoriti 202 undi yang dinilai berpunca daripada ramai pengundi luar Kelantan tidak pulang mengundi.

Tambahnya, peratusan mengundi yang rendah di DUN Kota Lama iaitu hanya 59 peratus ketika itu menunjukkan mobilisasi pengundi luar Kelantan adalah faktor penting dalam menentukan keputusan PRK Nenggiri.

“Cabaran utama yang dihadapi oleh Pas adalah bagaimana untuk merumuskan strategi dan taktik yang berkesan bagi menarik pengundi Kelantan yang berada di luar negeri untuk pulang mengundi.

“Kejayaan dalam usaha ini boleh menjadi penentu kemenangan Pas pada PRK Nenggiri kali ini,” katanya kepada MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

Pada PRK DUN Nenggiri yang akan berlangsung Sabtu ini, Pas menerusi calonnya, Mohd. Rizwadi Ismail turun dengan misi mempertahankan kerusi itu untuk PN yang dimenangi menerusi calon Bersatu pada PRN lalu, Mohd Azizi Abu Naim.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) pula mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO, Kelantan Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon dalam usaha merampas semula DUN tersebut yang sebelum ini merupakan kerusi tradisi BN.

Dalam pada itu, ditanya sama ada isu `kafir harbi’ akan menjejaskan sokongan pengundi kepada PN, Muhammad Ehsan berkata, beliau tidak melihat perkara tersebut mampu mempengaruhi sokongan pengundi.

Sementelah, ujar beliau, pemimpin PN juga mengambil langkah segera menangani isu sensitif itu meskipun beberapa pemimpin DAP dilihat cuba menjuarai isu berkenaan pada PRK Nenggiri.

“Kenyataan tersebut dianggap sebagai pandangan peribadi, bukan pendirian rasmi Pas atau gabungan parti PN, jadi ia sedikit sebanyak membantu mengawal keadaan dan tidak menjadi faktor besar pada PRN Nenggiri,” katanya. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo