KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada parti penyandang di kerusi-kerusi yang dipertandingkan dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK).
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pendirian itu berdasarkan kepada amalan gabungan Kerajaan Perpaduan dalam enam PRK yang dihadapi sepanjang tempoh penggal Parlimen ke-15 ini.
Bagaimanapun pendirian itu bukan muktamad kerana Amanah bersedia untuk bertanding dalam mana-mana PRK jika diperselujui bersama oleh parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan.
“Sungguhpun begitu, isu pembahagian kerusi dalam Piihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) masih belum dibincangkan dan diputuskan oleh badan tertinggi gabungan Perpaduan.
“Justeru, Amanah akan terus komited kepada usaha untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan parti-parti komponen Perpaduan untuk mencapai kemenangan dalam PRU-16,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sebelum ini, wujud pergeseran antara Amanah dan UMNO selepas kedua-dua parti dalam Kerajaan Perpaduan itu menuntut untuk bertanding pada PRK DUN Mahkota.
Ketua Amanah Kluang, Dr. Mohd. Zuhan Mohd. Zain dipetik berkata, ia berikutan parti berkenaan pernah memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan turut bertanding kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022.
Susulan tuntutan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros dilaporkan menyifatkan tindakan Amanah tersebut sebagai gelojoh dan tamak selain tidak menghormati sensitiviti keluarga dan waris bekas ADUN Mahkota, Allahyarhamah Sharifah Azizah yang baru meninggal dunia.
Kelmarin, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, calon Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN Mahkota akan diwakili BN.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dilaporkan berkata, pihaknya akan bersiap siaga untuk menghadapi PRK itu yang tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September depan.
Pada PRN Johor 2022, Allahyarhamah Sharifah Azizah Syed Zain yang juga calon BN memenangi kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 undi. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment