NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Prasarana, pembangunan lengkap di Mahkota, tidak menjadi cabaran untuk BN menang




KUALA LUMPUR
Jumlah pengundi ramai, faktor komposisi kaum serta media sosial antara tiga cabaran utama perlu ditangani jentera Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kerusi DUN Mahkota PRK bulan depan.

Timbalan Ketua Umno Johor, Ahmad Maslan, berkata jumlah pengundi seramai 66,000 dengan 29 pusat daerah mengundi (PDM), menuntut kerja keras jentera untuk bertemu seramai mungkin pengundi sepanjang tempoh kempen.

“Berbeza dengan DUN Nenggiri yang 99% pengundinya Melayu, tapi di Mahkota pecahan antara kaum itu berbeza. Di Mahkota pengundi Melayu lebih kurang 54%, Cina 35% dan India lebih kurang 8%.

Ini membawa kepada cabaran kedua iaitu pecahan kaum yang bermakna jentera perlu berhadapan dengan pola pemikiran berbeza mengikut kaum,

 katanya kepada Bernama.

Selain itu, Ahmad yang juga timbalan pengarah pilihan raya DUN Mahkota berkata cabaran terbesar boleh menggugat peluang calon BN pada PRK tersebut ialah capaian kepada media sosial.

(Di DUN Mahkota) Kami tiada cabaran prasarana, pembangunan semua sudah lengkap di situ. Satu lagi ialah cabaran media sosial kerana kawasan itu lengkap dengan segala fasiliti yang memungkinkan media sosial mudah menembusi. Ini memang terbuka dengan kecaman dan serangan media sosial,

 katanya.

Justeru, beliau berharap jentera parti bakal digerakkan lebih aktif menangani isu tempatan dan nasional dengan lebih berkesan di media sosial, dalam usaha meraih sokongan pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK Mahkota pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing 14 dan 24 Sept.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Pada PRN 2022, Sharifah Azizah yang juga ketua Wanita Umno Kluang, menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Tagiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo