Semangat jentera PN menghadapi PRK Mahkota didorong oleh kemenangan pada PRK Sungai Bakap, menurut pemimpinnya. |
Naib Pengerusi Abdullah Husin percaya PN ada peluang menang kerana isu seperti harga barang, antara lain.
PN ada peluang menang mengambil kira gelombang perubahan, kesedaran rakyat kepada kerajaan hari ini, melibatkan isu semasa termasuk isu-isu nasional seperti kenaikan harga barang, diesel dan macam-macam kelemahan dilakukan kerajaan yang menyusahkan rakyat,
katanya kepada FMT.
Pada PRN 2022, Barisan Nasional meninggalkan pencabar daripada Pakatan Harapan, PN dan Warisan dengan majoriti 5,166 undi.
Ketua Umno Kluang Jais Sarday optimis BN dengan sokongan PH boleh memenangi DUN Mahkota dengan kelebihan selesa 10,000 undi.
Kita akan hadapi cabaran itu dengan gerakkan jentera kita sebaik mungkin dan kempen cara sihat,
jawab Abdullah.
Rakyat Mahkota akan memilih wakil mereka pada 28 Sept, tidak lama selepas PRK DUN Nenggiri di Kelantan yang menyaksikan PN ditinggalkan dengan majoriti 3,352 undi.
Kekalahan itu menyusuli keyakinan Presiden Umno Zahid Hamidi bahawa pengundi tidak akan terpengaruh dengan isu nasional yang dibawakan pihak lawan.
Abdullah yang juga mengetuai PAS Johor berkata semangat jentera PN didorong oleh kemenangan besar PRK DUN Sungai Bakap.
Suasana politik di Mahkota lebih kurang dengan suasana di Sungai Bakap, jadi kita akan ambil semangat Sungai Bakap,
katanya.
Pada PRK Sungai Bakap di Pulau Pinang, PN mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 4,267 undi dalam pertandingan satu lawan satu ditentang Pakatan Harapan.
Dalam pada itu, Abdullah memaklumkan PAS dan Bersatu Johor telah mencadangkan calon masing-masing.
Soal calon ini hanya cadangan sahaja dari PAS dan Bersatu. Ia tidak sampai membawa kepada pergolakan dalam PN. Kerjasama kami di Johor amat baik dan harmoni,
katanya.
PRK Mahkota diadakan susulan kematian Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos. Penamaan calon akan diadakan pada 14 Sept.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment