Annuar Musa berkata, PN menghormati keputusan pengundi Nenggiri. |
Pengarah operasi pilihan raya PN Nenggiri itu, berkata BN menang PRK Nenggiri dengan majoriti selesa.
“Kita ucapkan tahniah kepada yang menang. Selamat menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan rakyat Nenggiri sudah membuat pilihannya.
Kita harus menghormati keputusan tersebut. Semoga rakyat Nenggiri mendapat pembelaan sewajarnya,katanya dalam catitan di Facebook.
Keputusan tidak rasmi terbaharu menunjukkan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh majoriti 3,372 undi selepas meraih 9,113 undi, berbanding calon PN, Rizwadi Ismail, yang mendapat 5,741 undi.
Di Nenggiri, pecahan kaum komposisi pengundi Melayu adalah 17,636, Cina (36), India (lapan), dan 2,843 bagi kategori kaum lain termasuk Orang Asli.
Dalam keputusan itu, BN menang di 17 pusat daerah mengundi, manakala PN berpuas hati menguasi tiga.
Pada PRN Kelantan Ogos lalu, PN menang kawasan Nenggiri dengan 810 undi.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment