NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN akan lantik pembantu Orang Asli jika dipilih wakil Nenggiri




Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail berkata, Perikatan Nasional (PN) berjanji melantik Orang Asli sebagai salah seorang pegawai sekiranya beliau dipilih sebagai ADUN Nenggiri pada pilihan raya kecil 17 Ogos ini.


Beliau berkata, pihaknya akan memperkasakan peranan ketua kampung, menaik taraf jalan dan membentuk pasukan khas bagi memastikan anak Orang Asli mendapat pendidikan yang secukupnya.


Rizwadi berkata demikian ketika melancarkan manifesto pilihan rayanya malam tadi dan turut berjanji mengagihkan bantuan kepada ibu tunggal, suri rumah dan usahawan wanita di Nenggiri.


Beliau berikrar akan memberikan tuisyen percuma kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.


Riswadi turut berhasrat mewujudkan pusat khidmat yang lebih baik kepada pengundinya. 


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon  PN, Riswadi menentang Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.


Sumber : FMT


#BoikotSampaiMerdeka


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:


https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi


#TvPertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo