NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penyelesaian bersama dicapai, 6 September keputusan representasi Rosmah gugur



KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan adanya penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak iaitu Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam representasi isteri bekas Perdana Menteri untuk menggugurkan 17 kes terhadapnya. 

Rosmah sedang berdepan 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatan bernilai RM7 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ketika ini.

Beliau juga sudah menghantar tiga representasi kepada AGC sejak Mei tahun hingga Disember tahun lepas. 

Hari ini, peguam mewakili Rosmah, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya bersama Peguam Negara (AG) telah mencapai persetujuan bersama berhubung kes tersebut. 

Sejurus itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib mengesahkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy pada prosiding hujah akhir berkaitan kes itu di sini pagi ini. 

“Ketika ini perkara ini sudah ke peringkat akhir, tinggal selesaikan beberapa dokumentasi sahaja,” katanya hari ini.

Hakim kemudian menetapkan 6 September bagi keputusan representasi itu. 

Rosmah, 71, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.

Kesalahan itu dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017.

Juga di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum mengikutSeksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit salah, beliau berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi. 

Bagi tuduhan elak cukai mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sesyen itu menuntut Rosmah kemuka penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama. -MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo