PENGHINAAN TERHADAP BOSS KU DIRESTUI?
Roslan SMS
Pada bulan Oktober 2019 kerajaan melalui pihak KDN telah mengharamkan penerbitan komik berjudul Inisiatf Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama (BRI) karangan aktivis DAP Hue Kuan Yau. Kerajaan ketika itu bukannya kerajaan BN tetapi kerajaan Pakatan Harapan.
Menurut kenyataan pihak kementerian ketika itu alasannya kerana kandungn komik berkenaan mengandungi elemen yang boleh memudaratkan ketenteraman dan keselamatan orang awam serta kemungkinan menggemparkan fikiran masyarakat.
Kandungannya juga dikatakan cuba mempromosi ideologi komunisme dan sosialisme serta menyebarkan fakt salah dan mengelirukan berkenaan perjuangan komunis selain cuba membangkitkan simpati terhadap perjuangan komunisme.
Hari ini kerajaan PHBN melalui KDN mengumumkan perintah larangan tersebut ditarik balik.
Selain elemen komunisme komik tersebut turut terang-terang menghina dan mempersenda bekas Presiden Umno DS Najib Tun Razak dan isterinya Datin Rosmah. Selain mengagungkan pensihat DAP Lim Kit Siang. (sila lihat gambar di bawah)
Kita menunggu reaksi Umno. Sedang mereka berhempas pulas bertarung di Nenggiri, tahu-tahu kerajaan menarik balik larangan ini seolah merestui penghinaan dan persendaan terhadap BOSKU.
Apakah Presiden Umno tidak dibawa berbincang berkenaan keputusan ini kerana ia ada kesan pada Umno atau memang kerajaan PH yang didominasi DAP tidak memandang penting kehdiran Umno dalam kerajaan.
Mohon Ketua Pemuda Umno dan pimpinan yang bersungguh memperjuangkan nasib DS Najib segera keluar kenyataan membantah keputusan ini. Atau adakh BOSS KU sudah tidak penting buat Umno?
Tentunya ahli dan penyokong Umno khasnya di Nenggiri akan kesal dengan tindakan ini yang seolah tidak menghormati DS Najib yang kini sedang merengkok di penjara.
Ternyata Umno tidak punya pengaruh dalam kerajaan yang didominasi PH dan DAP. Justeru di Nenggiri ini, pengundi janganlah sesekali cenderung pada mereka, bagaimana Umno mahu perjuang nasib rakyat sedang nasib Umno pun ditentukan pihak lain.
Pakat-pakat tukar dan pangkah bulanlah 17 Ogos nanti
No comments
Post a Comment