NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda Pas yakin Pahang bertukar arah selepas PRU-16

KUANTAN – Faktor undi menyusut meyakinkan Pas untuk merebut kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong daripada tangan Barisan Nasional (BN) pada  Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) kelak.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, berdasarkan rekod majoriti yang diperoleh BN didakwa menyusut lebih 50 peratus berbanding PRU-14.

Baru-baru ini, Pemuda Pas Raub khususnya di DUN Dong telah menerima permohonan  ahli daripada kira-kira 30 orang daripada Pergerakan Pemuda UMNO dan ia menunjukkan trend belia di kawasan itu sudah mula beralih arah.

“Pada PRU-15, Pas tewas kepada calon BN iaitu Fadzli Kamal yang kini merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang dengan majoriti 1,046 undi.

“Saya melihat antara yang menerima bahang perubahan sokongan ini adalah di DUN Dong dalam Parlimen Raub,’’ katanya menerusi kenyataan.

Justeru  melihat kepada senario politik hari ini dan bahang Jelajah Pas Teraju Pahang yang sedang bergerak kesemua DUN, beliau  berpendapat, iamerupakan satu signal jelas yang Pahang bakal diterajui Pas.

Jelasnya dengan kecelaruan yang dihadapi oleh BN dan PH sekarang, ia merupakan signal jelas terhadap penerimaan Pas dan PN di negeri Pahang.

‘‘Saya melihat sokongan sebegini memberi satu petanda insya-Allah DUN Dong bakal ditawan pada PRU-16 sekaligus merealisasikan misi Pas PN Teraju Pahang.

“Saya yakin dan percaya dengan izin Allah, suasana dan penerimaan sebegini khususnya daripada anak muda akan terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo