NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda Bersatu gesa KPM keluar pekeliling larang sebaran komik kontroversi di sekolah

Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ cetus kontroversi kerana didakwa promosi ideologi komunis. (Gambar fail)



PETALING JAYA
Seorang pemimpin Bersatu menggesa Kementerian Pendidikan mengeluarkan pekeliling melarang penyebaran dan pembacaan komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ di sekolah kerajaan, selepas larangan penerbitannya ditarik semula.

Komik itu ditulis bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau.

Ketua Pemuda Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata larangan berkenaan perlu dikenakan kepada sekolah kebangsaan serta sekolah jenis kebangsaan.

Saya berharap agar menteri pendidikan memantau penyebaran buku ini dalam kalangan pelajar sekolah, sekiranya ada,

katanya di Facebook.

Katanya, penarikan semula larangan penerbitan komik itu tidak wajar memandangkan kandungannya tidak sesuai dibaca oleh masyarakat majmuk di negara ini khususnya kanak-kanak.

Perlu mempertimbangkan semula penarikan larangan tersebut dan memastikan komik ini tidak mendekati anak-anak kita,

 kata Ahli Parlimen Machang.

Pada Julai 2022, Mahkamah Rayuan memutuskan komik itu tidak sepatutnya diklasifikasikan sebagai buku terlarang, manakala pada 8 Disember 2022 Mahkamah Persekutuan menolak permohonan rayuan KDN untuk mengembalikan larangan ke atas penerbitan komik berkenaan.

Mahkamah kemudian mengarahkan penulisnya, Hew memohon pampasan daripada kerajaan.

Kelmarin, media melaporkan KDN membatalkan perintah larangan dikenakan ke atas komik itu.

Menurut warta kerajaan persekutuan bertarikh 12 Ogos, pembatalan itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada 6 Ogos mengikut Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Perintah larangan diwartakan pada 2019, apabila kerajaan mendakwa ia mempunyai kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan, serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.

Ia dikatakan cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta salah dan menggelirukan mengenai komunis, serta mengandungi unsur membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis, antara lain.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo