KUALA LUMPUR – Pemuda Kebangsaan MCA sedia menjadi `perisai’ mempertahankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution jika menerima tekanan atau ugutan oleh mana-mana pihak untuk menarik balik larangan penerbitan komik kontroversi tulisan Superman Hew.
Ketuanya, Ling Tian Soon berkata, ia bagi memastikan kerajaan dapat menarik semula keputusan membatalkan larangan penerbitan buku yang ditulis bekas ahli DAP tersebut demi memelihara sensitiviti masyarakat majmuk seterusnya menjamin kestabilan negara.
Ujarnya, tindakan itu bukan soal menyekat kebebasan bersuara atau berkarya tetapi perlu dilihat dari sudut lebih luas dan menyeluruh iaitu untuk mengelak kemudaratan kepada ketenteraman dan keselamatan awam.
“Pemuda MCA berharap langkah kerajaan membatalkan larangan komik kontroversi itu bukanlah semata-mata untuk menyedapkan hati segelintir pihak terutama Superman Hew dan rakan-rakan seperjuangannya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurut Tian Soon, keputusan KDN menarik balik larangan penerbitan komik kontroversi itu mengejutkan orang ramai memandangkan perintah larangan tersebut yang diwartakan pada tahun 2019 dibuat kerajaan Pakatan Harapan sendiri atas alasan mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan.
“Sempena bulan kemerdekaan ini, penting bagi kita semua memupuk semangat patriotik dan cintakan kepada Malaysia sebagai tanah air.
“Bukannya merosakkan perpaduan dan keharmonian masyarakat dengan menyemai kebencian, hasutan, fitnah serta propaganda jijik demi memenuhi dendam politik segelintir pihak,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment