Ketua Pegawai Eksekutif Tropical Charters Sdn Bhd, Alexander Isaac, berkata dengan perancangan yang baik, pelancong mampu mendapatkan penginapan, makanan dan menjalankan aktiviti lain di Langkawi pada harga murah dan berpatutan.
“Kita tidak boleh bandingkan Langkawi dengan Hatyai, Thailand, kalau nak buat perbandingan dengan Bali, Indonesia dan Phuket Thailand sebab kalau pergi sana memang lebih mahal dari Langkawi.
Hatyai memang lokasi popular di utara tanah air, tapi Langkawi ada pelbagai yang ditawarkan terutama sebagai destinasi pelancongan untuk keluarga berbanding Hatyai,
katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, pelancong yang datang ke Langkawi mempunyai pilihan sama ada mahu menginap dan makan di tempat mahal atau sebaliknya dan ia memerlukan mereka membuat perancangan dengan bijak.
Katanya, pelancong yang berhasrat ke Langkawi juga dinasihatkan menggunakan khidmat ejen pelancongan berlesen bagi mengelak ditipu atau menghadapi kesulitan di kemudian hari.
Dalam media sosial, ada banyak tawaran tetapi bila datang tak macam yang ditawarkan, jadi saya minta pelancong guna ejen berlesen, lebih selamat kerana kalau berlaku apa-apa pelancong boleh buat aduan dan ejen tersebut boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa,
katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Adya Langkawi, Syed Muhammad Firdaus Syed Putra, berkata persepsi bahawa kos pelancongan ke Langkawi mahal diwujudkan oleh kelompok yang tidak faham mengenai pasaran di pulau peranginan ini.
Katanya, jika dibandingkan dengan destinasi pelancongan lain seperti Phuket dan Krabi di Thailand, kedua-duanya turut menawarkan harga penginapan yang mahal dan murah seperti di Langkawi.
Jika kita melancong ke luar negara pun ada tempat yang mahal dan ada yang murah…jadi kalau kata Langkawi mahal sebenarnya itu salah,
katanya yang turut menegaskan Langkawi memiliki keunikan tersendiri khususnya dari segi alam semula jadinya.
Katanya, selain mempunyai produk pelancongan menarik, lokasi kawasan tumpuan di Langkawi juga sesuai untuk pelancongan keluarga kerana ia terbahagi antara kawasan hiburan dengan kawasan tarikan lain.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment