NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelaksanaan kerangka awal kawal selia media sosial ikut perancangan – Fahmi



PUTRAJAYA – Pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan sistem pesanan Internet akan diteruskan mengikut perancangan bermula 1 Januari 2025. 

Menurut Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Jemaah Menteri telah memutuskan perkara itu pada mesyuarat Kabinet pagi ini.

Jelas beliau, tindakan tersebut adalah penegasan kerajaan bagi memastikan langkah proaktif  melindungi kepentingan dan keselamatan pengguna tercapai. 

“Perdana Menteri dan Jemaah Menteri memutuskan kita akan meneruskan dengan tindakan mengenakan kerangka kawal selia lebih ketat.

“Ini membabitkan dua perkhidmatan iaitu platform media sosial dan sistem pesanan internet sahaja, aplikasi lain tidak terlibat,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi mengesahkan perkara itu selepas isu surat terbuka oleh Gabungan Internet Asia (AIC) yang memohon kerajaan menangguhkan pelaksanaan pelesenan itu yang mempunyai sekurang-kurang lapan juta pengguna berdaftar di negara ini.

AIC yang dianggotai Google, Meta, X, Apple Inc, Amazon dan Grab mendakwa langkah pelesenan itu tidak boleh dilaksanakan bagi industri berkenaan serta boleh mengekang inovasi dengan meletak beban tidak wajar terhadap perniagaan.

Namun penyedia perkhidmatan e-hailing Grab menafikan terlibat dalam menyuarakan gesaan supaya kerajaan menghentikan hasrat berkenaan, dan mempertimbangkan dengan teliti rancangan mengenai pelesenan untuk platform media sosial. -MalaysiaGazette 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo