NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pecat Pengerusi baru SUHAKAM, langgar titah YDPA Sultan Ibrahim

Foto: Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus



Ketua Sekretariat Gabungan Nasionalis Rashidi Harris, membidas cadangan Pengerusi SUHAKAM, Datuk Seri Mohd Hishamuddin yang mahu kerajaan meratifikasikan ICERD di dalam negara ini.   

  

Justeru itu, beliau  menggesa kerajaan untuk segera melucutkan jawatan Pengerusi SUHAKAM yang baharu susulan kenyataannya yang bersifat celupar.   

  

Pihaknya turut  menyatakan HIshamuddin dengan jelasnya telah melanggar titah Yang di-Pertuan Agong bahawa ICERD amat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.   

  

“Apapun alasannya, Pengerusi baru SUHAKAM ini gopoh dan jelas telah melanggar titah YDPA Sultan Ibrahim yang juga Sultan Negeri Johor bahawa ratifikasi ICERD dan Status Rom bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,“ ujarnya di laman Facebook beliau hari ini.  

  

Ujarnya juga, SUHAKAM  seakan-akan terlepas pandang bahawa negara pernah melakukan perhimpunan secara besar-besaran yang membantah ICERD diratifikasikan di Malaysia ini.   

  

Dalam pada itu, beliau bersama barisan NGO yang lain bangkit mempertahankan titah Yang di-Pertuan Agong  yang membidas SUHAKAM mencadangkan ICERD diratifikasikan di negara ini menerusi tindakan kerajaan.   

  

Sumber: FB Ketua Sekretariat Gabungan Nasionalis   

  

Ikuti :    

https://www.youtube.com/@beritapertiwi   

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi   

https://t.me/tvpertiwi   

https://www.instagram.com/beritapertiwi?igsh=MWdoeGg2b2kxc3FrOA==   

   

   

#TvPertiwi




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo