NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pangkah ‘bule’, kebajikan masih terbela ikut Perlembagaan, NGO beritahu Orang Asli


GUA MUSANG
Orang Asli tidak rela dimanipulasi bagi tujuan politik, kata Timbalan Pengerusi Jaringan Orang Kampung Orang Asli Kelantan Nasir Dollah yang berucap di pentas kempen Perikatan Nasional (PN).

Beliau mengingatkan mana-mana pihak yang menang sebagai wakil rakyat Nenggiri tidak mengabaikan masyarakat itu.

Katanya, Orang Asli perlu diberi kebebasan membuat pilihan tanpa sebarang unsur ‘paksaan’ untuk menyokong satu parti sahaja, memandangkan dewasa ini Orang Asli semakin bijak dan serta tidak mudah dimanipulasi.

Tolong jangan perguna Orang Asli untuk politik,

 katanya pada Ceramah Mega Grand Finale PN di Kampung Jerek malam tadi yang turut dihadiri Pengerusi PN Muhyiddin Yassi, Presiden PAS Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud.


Berkempenlah secara demokrasi dan jangan ingat Orang Asli itu tidak cerdik. Kita juga boleh membaca dan menulis. Kita juga ada TikTok, ada Facebook, kita sudah pandai…jadi berkempen secara demokrasi dan menghayati konsep demokrasi sebaik mungkin.

Katanya, Orang Asli tidak perlu takut kerana hak kebajikan mereka tetap terbela mengikut Perlembagaan, sambil menyuarakan rasa tidak puas hati dengan nasib masyarakat itu yang didakwa tidak berubah walaupun sudah lama menyokong Barisan Nasional (BN).

Saya nak nyatakan kepada masyarakat Orang Asli di luar sana, khususnya yang akan mengundi di Nenggiri. Kalau kita undi ‘bule’ (merujuk lambang PAS – bulan) kebajikan dari kerajaan persekutuan tetap akan diberikan keutamaan kepada masyarakat Orang Asli kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan,

 katanya.

Nasir turut menangkis persepsi kononnya kerajaan Kelantan memusnahkan alam sekitar dengan aktiviti perhutanan.

PRK Nenggiri esok menyaksikan pertembungan dua penjuru antara BN diwakili Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dengan calon PN Mohd Rizwadi Ismail.

Sementara itu, Nassuruddin ketika berucap dalam program sama berkata, PRK Nenggiri adalah perlawanan antara parti, bukannya kerajaan negeri menentang kerajaan pusat.

Jika PN menang esok, katanya, beliau akan memastikan 37 tawaran dikemukakan calon PAS ditunaikan, manakala masalah dihadapi rakyat, termasuk berkaitan tanah akan cuba diselesaikan sebaik mungkin.

Sepanjang PAS mentadbir Kelantan, menurutnya, pihak berkuasa meluluskan hak milik tanah lebih 200,000 hektar dan memberikan geran.

“Untuk Gua Musang saja, kita meluluskan lebih 72,000 hektar untuk individu, bukannya syarikat. Malah, kita memberikan kepada semua tanpa mengira parti.

Pada masa sama, kita sudah mewartakan lebih 3,000 hektar membabitkan 10 penempatan Orang Asli dan insya Allah kita akan runding untuk beberapa kawasan lagi.”



Sumber | FMT Malaysia  









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo