NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Orang Asli bukan lagi deposit kekal BN

Mohamed Fadzli (dua dari kanan) ketika ditemui selepas sidang akhbar PN di Pusat Informasi PN PRK DUN Nenggiri di sini pada Isnin.


GUA MUSANG - Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan mendedahkan pimpinan Jaringan Komuniti Orang Asli Kelantan (JKOAK) memaklumkan lebih 40 tahun Kerajaan Persekutuan gagal menjaga kebajikan mereka di Gua Musang.

"Satu yang kita rasa gembira, mereka maklum Orang Asli sekarang tidak macam dulu.

"Tidak lagi menjadi deposit kekal kepada Barisan Nasional kerana mereka sudah terbuka dan terdedah kepada maklumat semasa," katanya semasa sidang akhbar Perikatan Nasional (PN) di Pusat Informasi PN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini pada Isnin.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, hasil turun padang ke beberapa pos pada Sabtu mereka dapati isu air pun tidak dapat diselesaikan dan terasa seperti Orang Asli dipinggirkan.

Ujarnya, agensi Kerajaan Persekutuan khususnya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini.

"Seperti yang disebut oleh calon PN, Mohd Rizwadi Ismail, untuk membangunkan masyarakat Orang Asli selain daripada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, pimpinan setempat iaitu wakil rakyat juga perlu memainkan peranan.

"Kita baharu sahaja menang di Gua Musang kali pertama di Paloh dan Nenggiri pada pilihan raya sebelum ini.

"Baru penggal ini sahaja. Di mana tanggungjawab wakil rakyat sebelum ini?" katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, malah kini masyarakat Orang Asli telah membuka jalan kepada PN untuk masuk ke kawasan mereka.

"Bukan kami baru nak masuk (kawasan Orang Asli) tetapi sekarang ini baru terbuka jalan setelah mereka merasa sudah ditipu oleh BN.

"Orang Asli kini terdedah dengan maklumat semasa dan diharap ada sinar baru dengan PRK (Pilihan Raya Kecil) kali ini," katanya.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan Timbalan Pengarah PRK DUN Nenggiri, Mohd Syahbuddin Hashim menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang meminta masyarakat Orang Asli memberi undi sama rata kepada calon PN dan BN pada 17 Ogos ini adalah tindakan terdesak.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.




Sumber | Sinar Harian 

 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo