Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura sudah mula menjalankan saringan suhu dan visual di Lapangan terbang Changi dan Seletar terhadap semua pelawat dan kru penerbangan yang tiba dari kawasan yang terdedah kepada risiko Cacar Monyet (MPOX)
Selain itu, langkah saringan yang sama juga bakal dilaksanakan di pusat pemeriksaan laut buat anak kapal dan penumpang yang tiba dengan kapal.
“MOH, Kementerian Pengangkutan serta Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan akan melaksanakan langkah berjaga-jaga untuk meningkatkan keupayaan pengawasan MPOX di sempadan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Singapura mengesahkan negaranya mempunyai 13 kes MPOX pada tahun ini yang mana kesemua kes tersebut hanyalah varian jangkitan Clade II yang kurang teruk dan tiada lagi kes MPOX Clade I yang dikesan.
Sumber: TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment