NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Membazir duit cukai kita, Netizen bukan Muslim kritik kerajaan bantu rakyat Palestin



  • Sifat rasisme sebilangan netizen bukan Muslim jelas kelihatan apabila mereka mengkritik keras tindakan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.
  • Malah ada antara mereka melabel dan meminta Anwar menjadi Perdana Menteri Palestin kerana beliau dianggap lebih mementingkan rakyat dari negara yang berdepan genosid itu berbanding rakyat sendiri.
  • Tinjauan The Merdeka Times (TMT) di Facebook dan Instagram Free Malaysia Today (FMT) hari ini mendapati sebilangan netizen yang majoriti daripada bangsa Cina dan India tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu.
  • “Membazir duit cukai kita,” demikian komen netizen dalam bahasa Inggeris di ruangan komen Instagram FMT yang memuat naik artikel bertajuk, ‘127 Palestinians arrive in Malaysia’.
  • “PMX patut memohon jawatan sebagai Perdana Menteri Palestin. (emoji bendera Palestin) Tidak boleh buat apa-apa di Malaysia. Dia lebih mementingkan Palestin – bukan negaranya sendiri, Malaysia (emoji gelak),” komen Nesa Selladurai.
  • Anwar pada Sabtu dilaporkan menzahirkan rasa amat kesal dan sedih atas sikap sesetengah pihak yang mengecam dan mengkritik langkah membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.

KUALA LUMPUR — Sifat rasisme sebilangan netizen bukan Muslim jelas kelihatan apabila mereka mengkritik keras tindakan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.

Malah ada antara mereka melabel dan meminta Anwar menjadi Perdana Menteri Palestin kerana beliau dianggap lebih mementingkan rakyat dari negara yang berdepan genosid itu berbanding rakyat sendiri.

Netizen terbabit juga mempertikaikan tindakan kerajaan itu kerana merasakan duit cukai mereka telah ‘dibazirkan’ untuk membantu rakyat luar seperti Palestin dan khuatir dengan kemungkinan selepas ini kelompok tersebut tidak akan pulang ke negara asal mereka.

Tinjauan The Merdeka Times (TMT) di Facebook dan Instagram Free Malaysia Today (FMT) hari ini mendapati sebilangan netizen yang majoriti daripada bangsa Cina dan India tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu.

“Membazir duit cukai kita,” demikian komen netizen dalam bahasa Inggeris di ruangan komen Instagram FMT yang memuat naik artikel bertajuk, ‘127 Palestinians arrive in Malaysia’.

“Wang pembayar cukai dibazirkan untuk aktiviti Jenis M (Melayu) seperti biasa,” kritik netizen menggunakan nama akaun jonnytaytaytay dalam ruangan komen sama.

“Tetapi kami orang India dan Cina di sini dilayan seperti orang asing yang murahan,” komen itshumanhere99 membalas komen subathiyaga1216 yang menyindir menyatakan 127 rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia ketika ini akan menjadi warganegara Malaysia kelak.

Tinjauan TMT di Facebook Malaysiakini yang memuat naik poster ditulis, ‘PM saddened by backlash against flying in injured Palestinians’ bersama foto rakyat Palestin yang cedera menerima rawatan di sini turut berdepan kritikan netizen bukan Muslim.

Terdapat netizen menyifatkan bantuan diberikan kerajaan Malaysia ke atas Palestin sebagai berlebihan.

“Tidak mengapa untuk membantu tetapi tidak terlalu melampau, anda telah melakukannya dengan berlebihan,” komen Ronnie Wong dalam bahasa Inggeris.

“PMX patut memohon jawatan sebagai Perdana Menteri Palestin. (emoji bendera Palestin) Tidak boleh buat apa-apa di Malaysia. Dia lebih mementingkan Palestin – bukan negaranya sendiri, Malaysia (emoji gelak),” komen Nesa Selladurai.

Kritikan dan sikap rasis kelompok terbabit bagaimanapun dibidas semula pengguna media sosial lain yang menyokong tindakan kerajaan dan mengalu-alukan kehadiran rakyat Palestin tercedera untuk menerima rawatan di negara ini.

Perdana Menteri pada Sabtu dilaporkan menzahirkan rasa amat kesal dan sedih atas sikap sesetengah pihak yang mengecam dan mengkritik langkah membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.

Anwar berkata ada dalam kalangan mereka yang sanggup mencerca usaha murni itu sedangkan ia merupakan tanggungjawab kecil dilakukan atas dasar belas kasihan dan ihsan terhadap rakyat Palestin yang cedera parah akibat menjadi mangsa kezaliman zionis Israel.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana dengan sedikit kemampuan dikurniakan kepada negara ini selain nikmat keamanan, Malaysia mampu membantu rakyat Palestin yang menerima seksaan dan malapetaka kerana kezaliman Zionis.

Terdahulu, dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa 41 pesakit dan 86 waris mereka, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang, Selangor kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

Kesemua pesakit dibawa ke hospital medan didirikan di hangar pangkalan udara berkenaan bagi saringan kesihatan. — The Merdeka Times
















........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo