KUALA LUMPUR – Manifesto calon Perikatan Nasional (PN) tidak ada yang istimewa buat rakyat di Nenggiri.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, janji dalam manifesto calon PN itu perlu kelulusan dan bajet dari kerajaan pusat.
“Kalau begitu lebih baik pilih calon BN (Barisan Nasional). Lagi senang berurusan. Awie (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani)
calon kerajaan pusat. Baiki jalan, taÅka baru, tanah Kesedar dan JKOA itu semua melibatkan kerajaan pusat,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas manifesto calon PN, Mohd. Rizwadi Ismail yang dilancarkan malam tadi sempena PRK DUN Nenggiri.
Menurut Puad, ada juga janji tuisyen percuma di Nenggiri tapi beliau mahu pengundi jangan mudah percaya.
“Sekarang ini janji janji percuma jangan dipercayai. Macam tol free dan hapus PTPTN. Itu semua wayang dan ada niat untuk dicapati,” katanya.
Pada PRK DUN Nenggiri Sabtu ini, PN menerusi calonnya, Mohd. Rizwadi turun dengan misi mempertahankan kerusi itu untuk PN yang dimenangi menerusi calon Bersatu pada PRN lalu, Mohd Azizi Abu Naim.
Sementara itu, BN pula mempertaruhkan Mohd. Azmawi Fikri sebagai calon dalam usaha merampas semula DUN tersebut yang sebelum ini merupakan kerusi tradisi BN.- MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment