NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KKM patut jadi penyokong kuat KPM dalam isu pengiklanan arak - WAFIQ




Kementerian Kesihatan (KKM) sepatutnya menjadi penyokong paling kuat kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dalam usaha menghalang kemasukan tajaan arak ke sekolah kerana isu ini menyentuh aspek kesihatan.


Presiden, Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga & Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, kajian selama bertahun di negara Barat menunjukkan kebarangkalian individu mula terpengaruh dengan alkohol tercetus daripada pendedahan melalui iklan.


"Tidak dinafikan dana yang diterima akan memberi pelbagai manfaat terutama dari aspek pembangunan fasiliti di sekolah, tapi adakah ia berbaloi untuk kesan jangka panjang?


"KPM mempunyai alasan yang kukuh untuk kekal pendirian supaya tajaan syarikat arak di sekolah tidak dibenarkan, tetapi hairan mengapa KKM tidak bersuara menyokong Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam isu ini," katanya ketika berucap pada Forum Bahaya Iklan Arak Kepada Murid Sekolah di Wisma MPM, Kuala Lumpur, hari ini.


Tambah Rafidah, walaupun dinyatakan bahawa pemberian dana daripada syarikat arak ini diikuti dengan ketetapan supaya logo mereka tidak dipaparkan, situasi ini tetap menjadi kebimbangan kerana khuatir pihak yang terlibat tidak patuh 'syarat' tersebut.


"Kajian bertahun-tahun di Barat menunjukkan memang ada (pengiklanan) menjadi antara pencetus remaja mula minum arak, apatah lagi jika pengiklanan ini berlaku di sekolah," ujarnya.


Rafidah berkata demikian mengulas isu mengenai Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Sabu menerima cek bernilai RM3 juta dan memaparkan logo ‘Tiger Beer’ pada hari kutipan derma SJK(C) Tche Min, Selangor pada Julai lalu.


#boikotsampaimerdeka


Ikuti : 

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

#TvPertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo