DATUK Dr. Muhamad Akmal Salleh ketika menerima DMSM daripada Tun Mohd. Ali Rustam hari ini. - Foto: FB Akmal Saleh |
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh hari ini menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.
Menurut Muhamad Akmal, beliau berterima kasih kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam dan Kerajaan Negeri Melaka atas penganugerahan tersebut.
Dalam masa sama, beliau menganggap anugerah itu adalah untuk semua warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Pergerakan Pemuda UMNO.
“Walaupun saya merasakan diri ini masih lagi tidak layak atas anugerah yang diterima kerana banyak lagi kelemahan dan kurang jasa saya kepada negeri Melaka berbanding dengan orang lain.
“Mewakili rakyat DUN Merlimau dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya mengucapkan (terima kasih) sekali lagi atas penghargaan yang diberi kepada kami.
“Terima kasih dan selamat hari lahir TYT Tun. Moga Allah (SWT) berikan Tun kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan,” tulisnya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment