NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama dengan UMNO sangat baik, tiada masalah untuk UMNO kembali dominan

Pengerusi PH Anwar Ibrahim beri jaminan rundingan akan diadakan secara baik bersama BN dan parti komponen gabungan itu.



KUALA LUMPUR
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata rundingan kerjasama dengan Barisan Nasional pada PRU16 masih terbuka walaupun pemimpin Umno mahu parti itu menjadi dominan.

Beliau memberi jaminan rundingan akan diadakan secara baik bersama BN dan parti komponen gabungan itu dalam mendepani landskap politik negara.

“Hubungan kita dengan Umno dan BN masih di tahap sangat baik. Kerjasama di peringkat ini sangat memuaskan.

Justeru, untuk masa hadapan, kita masih membuka ruang untuk berbincang secara baik,

 katanya ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin sempena sambutan Hari Masjid Sedunia 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jumaat lalu, Presiden Zahid Hamidi memberi amaran kepada ahli Umno mengetepikan perbezaan dalam usaha memperkuatkan parti supaya ia kembali dominan pada PRU16.

Untuk jadi dominan semula, tak ada orang lain boleh bantu kita, kita mesti bantu diri dengan memperkuatkan parti kita sendiri,

katanya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024.

Pandangan sama turut disuarakan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh yang tidak mahu parti Melayu itu selesa dengan situasi semasa dan sekadar menjadi pelengkap kepada kerajaan perpaduan hari ini.

Sebaliknya, Akmal berkata Umno perlu kembali menjadi dominan dalam landskap politik tanah air seperti di era kegemilangan sebagai parti Melayu terbesar negara.

Semalam, Naib Presiden Johari Abdul Ghani berkata Umno dan BN mungkin memerlukan dua atau tiga pilihan raya untuk kembali dominan.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo