Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata kerajaan berpandukan keputusan mahkamah berkait komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’. |
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Kementerian Dalam Negeri membatalkan perintah itu berdasarkan keputusan mahkamah.
Jadi kita hormat… mana-mana pihak setuju atau tak itu hak masing-masing tapi kita berpandukan keputusan mahkamah,
katanya kepada pemberita selepas melancarkan Konvensyen Ekosistem Pembekal Huawei Malaysia.
Fahmi mengulas perbezaan pandangan antara beberapa pemimpin Umno dan DAP berkenaan pembatalan perintah larangan ke atas komik tulisan Hew Kuan Yau itu.
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh baru-baru ini menggesa kerajaan pertimbang untuk memohon semakan terhadap keputusan mahkamah, manakala Naib Pengerusi DAP Teresa Kok meminta pemimpin Umno menghormatinya.
KDN membatalkan perintah itu pada Selasa lepas. Perintah larangan diwartakan pada 2019 apabila kerajaan mendakwa ia mempunyai kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan, antara lain.
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Hew untuk membatalkan larangan ke atas komik itu, pada 2022.
Pada tahun sama, mahkamah memutuskan komik itu tidak mengandungi bahan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam, dan kemudian kerajaan dilapor gagal mendapat kebenaran untuk mengembalikan larangan ke atas penerbitan komik berkenaan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment