NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Persekutuan perlukan tanah untuk bawa pembangunan ke Kelantan - Bung Mokhtar

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Bung Moktar Radin berkempen untuk calon Barisan Nasional di Jeram Tekoh.



GUA MUSANG
Bung Moktar Radin berkata pembangunan di Kelantan khususnya di Nenggiri sukar dilaksanakan jika PAS masih memerintah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, ia susulan kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam soal tanah dan menyukarkan usaha pusat membawa projek pembangunan.

“Kita berdepan masalah selagi Kelantan ditadbir kerajaan negeri (PAS), jadi apa pun pembangunan yang kerajaan persekutuan bawa apabila tidak ada tanah tak dapat dilaksana.

Sebab itu saya kata untuk merubah politik Kelantan perlu bermula di Nenggiri. Bila menang baru kita boleh strategikan Kelantan secara menyeluruh,

 katanya ketika berkempen di Jeram Tekoh.

Bung juga mengingatkan calon Barisan Nasional (BN) Azmawi Fikri Abdul Ghani melaksanakan tanggungjawab dengan baik jika dipilih sebagai wakil rakyat.

“Jadi apa yang perlu calon buat apabila menang, selesaikan isu rakyat. Calon harus ingat kita datang daripada rakyat maka kembali kepada rakyat.

Insya-Allah kalau semua ini wakil rakyat BN buat kita tidak akan kalah dalam pilihan raya mana sekalipun,

 katanya.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo