NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan saya satu fakta, tidak bermaksud menghina institusi diraja – Muhyiddin



KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ucapan beliau pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah fakta.

Malah bekas Perdana menteri itu berkata, beliau tidak bermaksud untuk menghina institusi diraja di negara ini atau menimbulkan kecenderungan menghasut.

“Saya percaya kenyataan saya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Muhyiddin setelah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan atas tindakannya yang didakwa secara sengaja mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Tengku Hassanal bertitah, kenyataan Muhyiddin memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

Justeru, Tengku Hasanal mahu pihak polis mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi terhadap Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen kaum, agama dan raja (3R).

Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau bersedia untuk memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa mengenai siasatan terhadapnya.

“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjelaskan fakta-fakta berkaitan kenyataan saya,” ujar beliau.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Muhyiddin akan dipanggil untuk memberikan keterangan Yassin di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral, esok.

Razarudin berkata, polis akan merakam keterangan berhubung ucapan bekas Perdana Menteri itu yang didakwa menyentuh isu 3R ketika berkempen bagi PRK DUN Nenggiri di Gua Musang, Kelantan. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo