NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kami Tahu Kenapa DAP tak turun sini

Pertahan Nenggiri #7

KAMI TAHU KENAPA DAP TAK TURUN SINI

Roslan SMS

Ia bermula dengan kenyataan Pengarah Pilihanraya Umno PRK ini, kata Ku Li DAP tak perlu turun Nenggiri. Sini ramai Melayu tiada Cina dan pimpinan DAP pun bukan fasih sangat berbahasa Melayu.

Kemudian Ahmad Maslan pula berkata tiada keperluan untuk bantuan daripada DAP atau MCA di kerusi majoriti Melayu dengan hanya 35 pengundi Cina. (35?)

Pasti kenyataan ini semua menimbulkan syak dan keraguan, kenapa Umno bersungguh mahu menjauhkan diri dari DAP di sini sedangkan mereka sesama membentuk Kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan.

Kalau dah nama perpaduan, kalau dah rakan kongsi dalam satu Kerajaan, tak kiralah kawasan itu majoriti Melayu atau apa, bukankah namanya pun kawan, turunlah bagi menampakkan kesepaduan, mengapa perlu disorok-sorok seolah orang Gua Musang tak tahu yang DAP dan Umno dah bersepakat?

Setiausaha Agung DAP pula hari ini dilapor berkata beliau menerima pandangan Umno bahawa tidak ada keperluan untuk bantuan DAP dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri yang sedang berlangsung kerana terdapat sangat sedikit pengundi Cina. Bukankah DAP parti berbilang kaum, kenapa rujuk yang Cina sahaja?

Tapi beberapa hari sebelum Ku Li keluarkan kenyataan itu Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abd Rani terlebi dahulu dilaporkan berkata: DAP akan mengerahkan jenteranya turun berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Nenggiri. Menurut beliau DAP akan fokus di kawasan Orang Asli sementara Umno, PKR dan PAN di kawasan Melayu. Kata beliau DAP akan menumpukan usaha berkempen di lima kawasan Orang Asli, iaitu di Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera, Sungai Wias dan Pos Simpor. Menurut Azaha lagi pucuk pimpinan utama DAP juga akan turun berkempen untuk PRK 17 Ogos itu, namun senarai tokoh yang terlibat belum diputuskan.

Tiba-tiba tak turun dan tak dijemput turun.

Saya melihat tindakan ini terpaksa diambil Umno kerana cemas kehadiran DAP akan merugikan Umno. Pengundi Melayu di PRK Kuala Terengganu, Kemaman dan Sg Bakap terbukti mengundi PN kerana tidak dapat menerima kehadiran DAP yang berkerjasama dengan Umno.

Umno tidak mahu mengambil risiko kalah dalam PRK ini, lalu keputusan diambil untuk menutup pintu buat DAP di Nenggiri. Semoga segala kemarahan orang Melayu pada Umno kerana berkerjasama dengan DAP akan berjaya disembunyikan.

Mungkin Umno menganggap tanpa kelibat DAP di sini, pengundi Nenggiri tidak akan menghukum mereka kerana sanggup berkerjasama dengan DAP yang dulu mereka label sebagai rasis, ektrimis dan pelbagai lagi yang buruk-buruk.

Sampai hati Umno merendah-rendahkan taraf pemikiran dan kematangan para pegundi di sini.

Sementara itu dibelah Perikatan Nasional, tiada masalah pimpinan Gerakan khasnya yang berketurunan Cina turun. Para petugas PAS dari Dewan Himpunan Pendukung PAS dari kalangan masyarakat India dan Cina juga turun ke Nenggiri membantu. Tak perlu sembunyi-sembunyi atau bermuka-muka.

Saya yakin pengundi Nenggiri sudah dapat menghidu muslihat Umno ini.

Dalam PRU Parlimen ke 15 di Gua Musang dan PRN ke 15 di Nenggiri, penduduk di sini menolak Umno dan mengundi calon PN kerana mereka yakin dengan politik penyatuan ummah yang dibawa PN. Mereka tolak PHBN dan DAP. Tak ada sebab mereka perlu tukar dan memangkah BN semata-mata kerana DAP tidak turun kali ini.

PERTAHAN NENGGIRI UNDI BULAN

#pertahannenggiri

Sumber | FB

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo