NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kacang lupakan kulit, Amanah Johor patut kenang jasa UMNO Johor

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit apabila melupakan pengorbanan UMNO tidak bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram tahun lalu.

Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, UMNO berkorban memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding sedangkan dua kawasan tersebut merupakan kerusi tradisi parti berkenaan.

“Mungkin Amanah Johor lupa tentang dua PRK sebelum ini iaitu kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, di mana UMNO beri laluan kepada calon mereka untuk bertanding, walhal UMNO boleh saja tuntut dua kerusi itu kerana sudah jadi kerusi tradisi kami.

“Namun, UMNO berlapang dada dan sanggup memberi bantuan jentera kempen serta sokongan undi sepenuhnya kepada dua calon Amanah itu sampai menang. Memang betullah peribahasa kacang lupakan kulit.

“Biarlah UMNO-Barisan Nasional (BN) terus kekal bertanding di kerusi tradisi itu. Amanah Johor perlu hormat pengorbanan UMNO, macam mana kami beri laluan kepada mereka sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Tebrau itu berkata, gesaan Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad yang mahu Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz segera mewujudkan suasana harmoni antara BN dan PH di negeri itu, sebagai kenyataan yang tidak cermin diri sendiri.

Katanya, selama ini memang suasana politik dan pentadbiran negeri ini berada dalam aman damai dan harmoni selepas PRN dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Terdahulu, Amanah Kluang dilaporkan mendesak supaya parti itu diberi peluang bertanding pada PRK DUN Mahkota sebagai calon Kerajaan Perpaduan.

Desakan Ketua Amanah Kluang, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain itu berasaskan kemenangan parti tersebut pada PRU14 selain sekali lagi bertanding kerusi itu dalam PRN pada 2022.

Mohd Zuhan dilaporkan berkata, jika UMNO Johor yang mentadbir kerajaan negeri sedia memberi jawatan dalam kerajaan negeri termasuk sebagai ahli majlis dan ketua kampung dan ketua masyarakat, Amanah sedia memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding di kerusi DUN Mahkota.

Susulan itu pemimpin UMNO dan DAP Johor mengeluarkan kenyataan mahu kerusi berkenaan dikekalkan kepada penyandangnya iaitu UMNO manakala pemuda Amanah pula berkeras mahu menuntut kerusi tersebut walaupun terpaksa bertanding tiga penjuru.- MalaysiaGazette













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo