NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan jadi ‘cytro’, Chegubard gesa Puad jaga maruah Johor




Aktivis politik, Chegubard menggesa Datuk Mohd Puad Zarkashi menjaga maruah Johor dan berhenti menjadi tenter siber atau ‘cytro’ politik 


Chegubard, nama popular Badrul Hisham Shaharin, berkata Zarkashi selaku Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor perlu menjaga keperibadian sendiri.


“Mohon Puad sedar bahawa beliau merupakan Speaker DUN Johor, namun sikap dan perangainya seperti ‘cytro’ upahan rejim campuran.


“Selaku orang yang makan gaji dan menikmati fasiliti kemudahan mewah sebagai speaker, beliau harus menjaga kehormatan dewan,” katanya.


Chegubard mengulas desakan Puad menggesa Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana dituduh di mahkamah hari ini. 


Sumber: FB Chegubard


#jiwamerdeka67











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo