NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Isu pemandu mabuk pun tak boleh selesai, kenapa sibuk campir isu arak?”




Isu tajaan arak kepada sekolah di Malaysia sukar diselesaikan kerana negara ini ada masalah "Mahzab Politik", kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Izzat Johari.


Menurut Izzat, mahzab politik yang dimaksudkan itu merujuk kepada pendirian "dulu boleh, sekarang pun mesti boleh" menyebabkan isu tajaan arak ini sering diungkit dan dipersoalkan kerana ia dikatakan sudah berlaku sejak 30 tahun dulu.


"Adakah kerajaan hari ini ada ajaran Islam yang berbeza? Saya terpaksa tanya sebab dalam Al-Quran jelas nyatakan bahawa arak adalah antara perkara yang dilaknat.


"Tetapi yang pertahankan isu ini pula dalam kalangan orang Islam," luahnya kecewa ketika berucap pada Forum "Bahaya Iklan Arak Kepada Murid Sekolah" di Wisma MPM, hari ini.


Pada masa sama, Izzat turut mempersoalkan mengapa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pula yang bersuara mengenai tajaan syarikat arak di sekolah sedangkan isu berkaitan pendidikan terletak di bawah bidang kuasa Menteri Pendidikan.


"Isu pemandu mabuk pun tak boleh selesaikan, kenapa sibuk dengan tajaan arak dalam sekolah?" soal beliau.


Pada Julai lalu, Loke berkata, isu tajaan dana daripada syarikat arak kepada pihak sekolah tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penglibatan syarikat arak dalam membantu pengumpulan dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.

#boikotsampaimerdeka


Ikuti : 

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

#TvPertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo