NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel ‘mengaku’ bunuh Haniyeh



  • Israel memberitahu pentadbiran Amerika Syarikat (AS) bahawa mereka bertanggungjawab atas pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran pada 31 Julai lalu, demikian menurut laporan media.
  • “Walaupun Israel menolak untuk mengulas tentang pembunuhan Haniyeh, mereka memberitahu pegawai AS dengan segera selepas kejadian itu bahawa mereka bertanggungjawab,” lapor Washington Post pada Selasa memetik tiga sumber rapat dengan pemikiran Rumah Putih tanpa menyebut nama mereka.
  • “Pegawai Rumah Putih memberikan respons terkejut dan marah terhadap pembunuhan Haniyeh pada 31 Julai, yang mereka anggap sebagai satu kemunduran usaha berbulan-bulan mereka untuk mencapai gencatan senjata di Gaza,” kata akhbar itu dipetik Instagram TRT.

Israel memberitahu pentadbiran Amerika Syarikat (AS) bahawa mereka bertanggungjawab atas pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran pada 31 Julai lalu, demikian menurut laporan media.

“Walaupun Israel menolak untuk mengulas tentang pembunuhan Haniyeh, mereka memberitahu pegawai AS dengan segera selepas kejadian itu bahawa mereka bertanggungjawab,” lapor Washington Post pada Selasa memetik tiga sumber rapat dengan pemikiran Rumah Putih tanpa menyebut nama mereka.

“Pegawai Rumah Putih memberikan respons terkejut dan marah terhadap pembunuhan Haniyeh pada 31 Julai, yang mereka anggap sebagai satu kemunduran usaha berbulan-bulan mereka untuk mencapai gencatan senjata di Gaza,” kata akhbar itu dipetik Instagram TRT.

Laporan Washington Post berkata “di sebalik tabir” terdapat pergeseran meningkat di antara pentadbiran AS dan Israel, di mana rejim itu terus mengambil langkah sepihak dalam konflik yang telah membunuh hampir 40,000 rakyat Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu.

“Pegawai AS juga marah kerana Israel gagal memaklumkan mereka sebelum melancarkan operasi lain untuk membunuh komander Hezbollah atau Iran,” kata akhbar itu.

Iran dan Hamas menuduh rejim Israel melaksanakan pembunuhan Haniyeh, tetapi Tel Aviv belum mengesahkan atau menafikan tindakan itu secara terbuka. – The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo