NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Identiti negara terancam, ISMA desak kerajaan bertegas prinsip dasar kebudayaan




Kemerdekaan yang sebenar bukan sekadar pembebasan dari penjajahan, tetapi juga pengiktirafan dan penghargaan terhadap nilai-nilai agama dan budaya yang membentuk jati diri bangsa.

 

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat berkata, pihaknya menekankan pentingnya identiti kebangsaan yang berasaskan Melayu dan Islam sebagai teras kekuatan negara.

 

Tegasnya, ISMA mendesak pihak kerajaan agar bertegas dengan prinsip dasar kebudayaan negara, di mana budaya Melayu dan agama Islam sebagai tonggak identiti negara.

 

“Pada hari ini, ada perkara-perkara yang mengancam jati diri kebangsaan melalui pencairan sistem, nilai dan identiti budaya Melayu dan Islam yang diterjemahkan melalui idea Malaysia sebuah negara multikulturalisme yang bercanggah dengan identiti kebangsaan.

 

“Contohnya seperti pengiktirafan makanan Bak Kut Teh sebagai hidangan Warisan Negara, cadangan pengiktirafan Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO, penganjuran Festival Dutch Malacca yang mengangkat penjajah, Festival Georgetown yang tidak menonjolkan identiti orang-orang Melayu Islam sebagai penduduk asal serta cadangan daripada SUHAKAM untuk meratifikasi ICERD.

 

“Justeru, identiti kebangsaan demi kesepaduan nasional mesti dicapai dengan cara hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan diterima oleh semua kaum selain integrasi budaya Kebangsaan (Melayu-Islam) dalam identiti nasional Malaysia membantu mewujudkan kesepaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini,” katanya dalam sidang media Forum Jati Diri Merdeka Asas Negara Unggul bertempat di Anjung Melayu, Kuala Lumpur, hari ini.


Ikuti : 

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/


#TvPertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo