NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gesaan Top 5 UMNO jaga imej, reputasi perlu jadi usul PAU 2024



KUALA LUMPUR – Gesaan supaya lima pemimpin tertinggi UMNO atau juga dikenali Top 5 supaya berhati-hati menjaga imej dan reputasi parti perlu dijadikan usul pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 yang akan bermula esok.

Dalam masa sama, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Top 5 UMNO juga perlu turun ke bawah bertemu akar umbi untuk mengembalikan semula keyakinan dan sokongan orang Melayu.


Jelas beliau, imej dan reputasi pemimpin Top 5 UMNO secara langsung menjadi imej dan reputasi kepada UMNO keseluruhannya.

“Bila orang Melayu yakin pada pemimpin Top 5 UMNO imej parti kembali pulih. Justeru Top 5 UMNO mesti berhati-hati jaga imej dan reputasi UMNO. Ia wajar jadi usul di PAU 2024,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, UMNO berhak meraikan kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada PAU 2024.


Ini kerana, kata beliau, ia merupakan hadiah paling mahal diberikan oleh calon Barisan Nasional (BN) berkenaan, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie dan UMNO Kelantan kepada PAU 2024.


Jelasnya, ucapan dasar Presiden UMNO juga dijangka tertumpu kepada pemulihan keyakinan rakyat kepada parti itu ekoran kejayaan di Nenggiri dengan PRK DUN Mahkota akan menjadi medan kedua.

“Sebelum ini reputasi UMNO terjejas teruk kerana tomahan oleh bekas pemimpin UMNO seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim dan Muhyiddin pada pemimpin utama UMNO.

“Sudah tentu rakyat mudah percaya. Ia beri kesan buruk terhadap UMNO pada PRU-14 dan PRU-15. Kini ia reda dan mula ditolak bila banyak fitnah terdedah,” tulisnya.

Pada PRK DUN Nenggiri Sabtu lalu, Mohd. Azmawi berjaya merampas semula kerusi itu selepas memperoleh 9,091 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) yang meraih 5,739 undi. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo