NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gelaran ‘Jebat’ layak diberikan kepada calon Bersatu PRK Nenggiri



KUALA LUMPUR – Sepatutnya calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Rizwadi Ismail layak digelar ‘Jebat’.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, ia kerana Mohd Rizwadi Ismail keluar daripada parti tersebut dan menjadi calon Bersatu.

Puad berkata demikian susulan kenyataan Nik Abduh yang mendakwa tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis meninggalkan UMNO dan menyertai Pas sebagai sejarah dalam politik Malaysia.

“Tetapi Nik Abduh sebenarnya salah. Sepatutnya calon Bersatu di Nenggiri yang digelar Jebat kerana dia keluar Pas untuk jadi calon Bersatu. Apatah lagi dia menderhakai semangat Akta Anti Lompat Parti,” katanya yang membidas Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Rizwadi adalah bekas Tiimbalan Ketua Pemuda Gua Musang sebelum berhijrah ke Bersatu pada 28 Julai lalu.

Media sebelum ini melaporkan, Rizwadi menyertai parti itu dua hari sebelum diumumkan sebagai calon PRK Nenggiri.

Pemilihan Rizwadi dikatakan dibuat pada saat akhir selepas perbincangan antara pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang menemui jalan buntu, selain bimbang berlaku boikot dalam kalangan jentera apabila mengekalkan calon daripada Bersatu.

Namun, pada masa sama Puad berkata, Nik Abduh adalah betul apabila beliau dia mengiktiraf Jailani sebagai Jebat.

“Kalau ikut buku, Jebat seorang penderhaka. Maka benarlah Jailani memang penderhaka,” ujarnya.

Tetapi, kata Puad, Nik Abduh jangan terkejut jika ADUN Rembia itu akan menderhakai Pas terutama jika parti tersebut tidak bantu kos mahkamahnya.

Jailani disaman sebanyak RM100 juta oleh UMNO kerana jadi Jebat. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo