NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gaji penjawat awam naik, Zahid harap harga barang tak naik



GUA MUSANG
Timbalan Perdana Menteri Zahid Ibrahim berharap tiada kenaikan harga barang selepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam.

Menurutnya, kenaikan gaji itu untuk meringankan beban penjawat awam menangani kos sara hidup.


Penjawat awam 12 tahun sudah tidak ada kenaikan… langkah yang diumumkan oleh perdana menteri sangat melegakan mereka,

kata Zahid pada sidang media di Pos Pulat sempena PRK Nenggiri.

Saya mengharapkan agar kenaikan gaji ini tidak akan ada kenaikan harga barang dan kita mengharapkan kadar inflasi pada tahap 3.5 dapat dikekang oleh agensi penguatkuasaan.

Hari ini, Anwar Ibrahim mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji antara 7% hingga 15% melalui pelarasan SSPA yang dilaksanakan secara berfasa mulai 1 Dis depan.

Kenaikan membabitkan kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional sebanyak 15% manakala pengurusan tertinggi 7%.

Kali terakhir gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada 2013 membabitkan pemberian satu kenaikan gaji tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320.

Dalam pada itu, Zahid selaku pengerusi Barisan Nasional turut ditanya tentang penampilan Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Nasir Dollah di pentas PAS semalam.

Katanya, BN menampilkan pemimpin Orang Asli yang dalam arus perdana negara seperti Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Nor.

Beliau juga adalah pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli,

 katanya.



Sumber | FMT Malaysia 

 


 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo