NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fuziah dilantik Pengerusi PH Pahang yang baharu



KUANTAN – Bekas Ahli Parlimen Kuantan, Senator Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Pahang yang baharu.

Pelantikan beliau diputuskan dalam Mesyuarat PH Negeri Pahang pada 26 Ogos lepas bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari yang telah memegang jawatan itu sejak tahun 2022.

“Mesyuarat merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada Datuk Seri Amirudin Saari sebagai mantan Pengerusi PH Pahang di atas segala usaha, komitmen dan kesungguhan beliau yang menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah negara, PH membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN),” kata Fuziah dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mesyuarat yang telah dipengerusikan beliau itu turut menzahirkan sokongan sepenuhnya kepada Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan  Ahmad Shah.

Katanya, PH Pahang berikrar mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu khususnya Sultan Pahang dalam isu melibatkan keceluparan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang seolah-olah mempertikaikan kebijaksanaan baginda ketika melantik Perdana Menteri ke-10.

“Mesyuarat juga bersepakat untuk mendukung persefahaman bersama yang telah ditandatangani dan akan terus memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang selaras dengan dasar perpaduan dan muafakat dalam perkongsian kuasa bersama. 

“Sesungguhnya pembentukan kerajaan Pahang hari ini adalah hasil sumbangan kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan dalam pilihanraya ke-15 yang lalu,” katanya lagi.

Fuziah berkata, mesyuarat tersebut turut memutuskan agar lebih ramai pendokong PH mesti dilibatkan ke dalam struktur akar umbi Kerajaan Perpaduan Pahang dalam membentuk keutuhan kerjasama terutama sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya ke-16 kelak. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo