NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Festival Dutch Melaka 2024: Mengapa perlu sanjung penjajah Belanda di Melaka?



ALOR GAJAH – Sebenarnya tiada keperluan untuk menganjurkan Festival Dutch Malakka 2024 di Melaka kerana ia tidak melambangkang langsung identiti nasional negara. Penganjuran program Festival Dutch Malakka 2024 anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dan kerajaan negeri Melaka ini juga langsung tidak mencerminkan Melaka sebagai sebuah negari yang bebas daripada penjajahan.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi BERJASA Melaka, Nazriq Rahman yang mempersoalkan kewajaran penganjuran program ini di Melaka. Beliau berpendapat Melaka dan Malaysia secara amnya sudah bebas daripada penjajahan maka tidak perlu lagi mengadakan acara ataupun program yang “meromantiskan” penjajah.

“Belanda sudah pun menjajah Melaka lebih daripada 100 tahun dan yang peliknya sekarang kerajaan negeri Melaka ingin menganjurkan Festival Dutch Malakka pula. Mengapa kita perlu mengambil warisan penjajah yang pernah meruntuhkan ketamadunan empayar Kesultanan Melayu Melaka dahulu?”.

“Festival yang membawa warisan penjajah ini dibuat atas nama Visit Malacca 2024. Sebenarnya ada banyak lagi warisan tempatan yang boleh diketengahkan oleh kerajaan negeri Melaka”.

“Orang dahulu pernah menggambarkan Belanda ini bagai Belanda meminta tanah yang menunjukkan betapa liciknya penjajah Belanda menggunakan tipu helah untuk merampas tanah milik orang tempatan termasuk tanah empayar Kesultanan Melayu Melaka”, tegas beliau.

Tambah beliau, penjajah Belanda juga pernah berkelakuan biadab dengan membunuh ramai rakyat Melaka maka tidak sepatutnya festival ini dijadikan sebagai tarikan untuk menarik pelancong melawat Melaka.

Beliau berpendapat kerajaan negeri Melaka sepatutnya lebih bijak dengan menonjolkan keagungan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang pernah menaungi seluruh kawasan Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sumatera.

“Banyak lagi warisan tempatan seperti keagungan empayar Kesultanan Melayu Melaka kepada generasi terkini dan pelancong luar maka mengapa kita perlu menjadi lebih Belanda daripada orang Belanda?”, ujar beliau.

Terdahulu, Festival Dutch Malakka yang dianjurkan atas dasar persahabatan antara kerajaan negeri Melaka bersama kerajaan Belanda berlangsung di Bandar Hilir Melaka selama 3 hari bermula 12 Julai yang lalu.


Sumber | gelombangberjasa.com







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo