NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUN Kedah lulus RUU masukkan mahkamah syariah dalam undang-undang tubuh negeri

Sanusi Nor berkata, pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah itu selari titah Sultan Kedah untuk perkasa struktur Mahkamah Syariah.



ALOR SETAR
Persidangan DUN Kedah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 yang bertujuan memasukkan penubuhan Mahkamah Syariah.

RUU itu yang turut merangkumi berkenaan pengwujudan Mahkamah Utama Syariah dibentangkan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor sebelum dibahas dan diluluskan secara sebulat suara oleh Ahli Dewan.

Sanusi ketika membentangkan RUU itu, berkata pindaan tersebut adalah selari titah Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sebelum ini yang mencadangkan langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah dengan meletakkan mahkamah itu dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

“Sultan Sallehuddin juga menitahkan supaya kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya supaya memberi lebih keadilan kepada pihak yang terbabit.

Sanusi ketika membentangkan RUU itu, berkata pindaan tersebut adalah selari titah Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sebelum ini yang mencadangkan langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah dengan meletakkan mahkamah itu dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

“Sultan Sallehuddin juga menitahkan supaya kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya supaya memberi lebih keadilan kepada pihak yang terbabit.


Bagi melaksanakan titah Tuanku Sultan dan menambah baik kedudukan Mahkamah Syariah kerajaan negeri berpandangan penubuhan Mahkamah Syariah wajar diletakkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, dengan ini Mahkamah Syariah menjadi sebuah institusi yang penting sesuai dengan kedudukan Islam di negeri ini,

katanya.

Sanusi berkata, pada masa ini struktur Mahkamah Syariah di Kedah mempunyai tiga peringkat iaitu Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rendah Syariah.

Beliau berkata, demi menjamin proses keadilan dilaksanakan secara saksama, satu lagi lapisan mahkamah perlu diwujudkan dalam struktur Mahkamah Syariah di Kedah iaitu Mahkamah Utama Syariah.

Dengan struktur baharu ini, kes yang dimulakan di Mahkamah Tinggi Syariah boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan Syariah, kemudian boleh dirayu lagi ke Mahkamah Utama Syariah,

 katanya.

Pada persidangan hari ini, DUN Kedah turut meluluskan secara sebulat suara empat lagi RUU berkaitan hal ehwal perundangan Islam.

RUU tersebut adalah Enakmen Perbelanjaan Negeri Tambahan No.1 Tahun 2024, RUU Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024, Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024, dan RUU Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo